Friday, March 9, 2007
Punca Kemalangan Jalanraya
Kaji dulu punca kemalangan sebelum bertindak
Norhisham Jantan
09 Mac 2007
Pelbagai cadangan dibuat untuk mengurangkan kemelangan jalanraya termasuk menarik lesen serta merta dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun untuk memandu kenderaan awam.
Bagaimanapun sebelum kita pergi lebih jauh ada baiknya dikenalpasti punca sebenar kemalangan jalanraya di negara ini.
Punca kemalangan jalanraya ini hendaklah diletakkan keutamaan mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jika statistik menunjukkan punca kemalangan jalanraya pada musim perayaan adalah akibat pemandu yang mabuk adalah yang tertinggi maka penyelesaian kepada masalah pemandu yang mabuk harus dicari.
Pemandu yang menjalani latihan 100 jam sekali pun dan mempunyai 20 tahun pengalaman sekiranya dia mabuk akan mendatangkan risiko kepada diri sendiri dan nyawa orang lain.
Sekiranya statistik di sesuatu tempat menunjukkan bahawa keadaan jalanraya yang tidak sempurna adalah punca kemalangan tertinggi di tempat tersebut maka pendekatan kejuruteraan haruslah diambil untuk memperbaiki keadaan jalan tersebut.
Begitulah juga jika statistik di kawasan lain pula menunjukkan bahawa pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu adalah penyebab tertinggi kes kemalangan di tempat tersebut maka satu tindakan yang komprehensif haruslah diambil untuk mempastikan tiada pemandu yang memandu kenderaan tanpa lesen memandu.
Menambahkan lagi masa latihan memandu, akan menambahkan kos serta masa. Ia akan menjauhkan lagi mereka yang tiada lesen memandu untuk mengambil lesen memandu. Begitu juga menggantung lesen memandu mereka yang kerap melakukan kesalahan, tidak akan menghalang mereka ini daripada terus memandu tanpa lesen.
Mungkin juga ada hasil kajian menunjukkan pemandu di Malaysia menghadapi masalah jiwa di mana mereka ini sentiasa ingin memandu dalam keadaan terburu-buru, tidak suka dicabar di jalanraya dan sentiasa ingin cepat sampai.
Jika ini puncanya, maka penyelesaian secara saikologi atau batiniah pula yang perlu diambil.
Fikir-fikirkanlah syor ini.
Keselamatan jalanraya perlu tindakan menyeluruh dan kesungguhan.
Kemalangan Jalanraya :Kelemahan kita ?
Kemalangan jalan raya tiada penyudah?
En. Norhisham Jantan
Melaka
Saudara Pengarang,
9 billion merupakan nilai yang sangat tinggi yang terpaksa ditanggung syarikat insurans dan kerajaan disebabkan kes kemalangan jalanraya seperti yang dilaporkan oleh Menteri Pengangkutan baru-baru ini. Memang tidak dapat di nafikan angka kematian di Malaysia di sebabkan kes kemalangan jalan raya amat tinggi terutamanya menjelang musim perayaan. Pelbagai aktiviti, iklan, peringatan dan pemantuan pihak polis trafik telah dilakukan untuk menangani masalah ini. Ianya termasuklah hasrat Menteri Pengangkutan untuk memperuntukkkan perbelanjaan bagi mempertingkatkan lagi kempen keselamatan jalanraya di kalangan pelajar sekolah pada tahun hadapan. Bagi saya ianya bukanlah satu perkara yang baru kerana sebelum ini telah banyak kempen-kempen sebegitu dianjurkan namun masalah kemalangan jalanraya tetap meningkat.
Adakah salah kempen tersebut atau salah penganjurnya? Makin banyak kempen, makin banyak pula kemalangan dilaporkan. Bilakah ianya akan selesai?
Walaupun pelbagai iklan dipaparkan, kempen di perhebatkan, pemantauan pihak berkuasa diperketatkan, masalah kemalangan jalan raya nampaknya tidak akan selesai selagi kementerian pengangkutan dan kementerian kerja raya tidak mengkaji sebaik mungkin prasarana sistem pengangkutan sedia ada di Malaysia. Bagi saya tiada gunanya memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk berkempen dan menyedarkan orang ramai jika masih ada lagi jalan-jalan rosak yang tidak di perbaiki, tanda amaran lalu lintas yang tidak mencukupi, kekurangan lampu isyarat di simpang-simpang dan pelbagai lagi keperluan yang perlu dipertimbangkan. Saban hari berita yang di laporkan oleh TV membuktikan masih banyak lagi aduan rakyat dan pengguna mengenai prasana jalan raya tidak di ambil berat oleh menteri pengangkutan. Banyak kemalangan berlaku disebabkan bukan salah pengguna tetapi disebabkan masih terdapat kelemahan dalam prasarana seperti jalan berlubang, tiada lampu isyarat, kurang tanda amaran, tiada lampu jalan dan lain-lain. Sewajarnya kementerian bersikap proaktif dan bukannya menunggu aduan untuk mengambil tindakan.
Apa yang menyedihkan apabila timbul sahaja kes besar yang melibatkan kehilangan nyawa, barulah mereka beria-ia hendak memasang lampu isyarat, memperbaiki jalan, membuat tanda amaran dan sebagainya. Itupun bila telah ramai insan yang tidak berdosa menjadi mangsa, barulah mereka peka dan turun padang. Alasan yang sering di beri ialah tiadanya peruntukan. Hairan...memang menghairankan kerana semua rakyat yang menggunakan kenderaan membayar cukai jalan saban tahun. Jumlah rakyat yang memiliki kenderaan di Malaysia meningkat setiap tahun tetapi mengapa wang ini tidak di gunakan oleh kementerian sebaik yang mungkin untuk mengadakan satu prasarana jalanraya yang selamat kepada semua rakyat. Murah sangatkah nyawa rakyat di Malaysia ini sehingga kementerian hanya akan berbuat sesuatu apabila berita di siarkan di TV? Ke manakah lagi harus rakyat mengadu jika bukan kepada pemimpin yang mereka lantik yang sewajarnya bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat? Selagi pihak kementerian tidak prihatin dengan suara-suara rakyat ini, maka selagi itulah kes kemalangan akan terus meningkat.

Thursday, March 8, 2007
Kebahagian Rumahtangga
JENDELA HIKMAH
Hikmah adalah bahasa agama tentang ke'arifan' alias kebijaksanaan, kebajikan yang tersimpan dalam diri manusia, sebagai pantulan dari sifat Tuhan yang Maha bijaksana. Kearifan selalu melekat dengan orang-orang yang berilmu, ilmunya melebur dalam kesadaran dan keinsafan nurani yang jernih. Ia muncul dalam penampilan ulil albab, manusia yang seimbang, rohani dan jasadi. Manusia tawadhu, yang selalu sadar akan kelemahannya
Mac 9 2007
Pujian serta-merta rangsang anak jadi lebih berdisiplin
INTI PATI
Keibubapaan cemerlang
# Mampu kawal perasaan
# Memuji anak bertempat
# Beri contoh teladan terbaik
# Tidak memukul melulu
# Elak mengeji anak
motivasi diri anak-anak kita
DAFTAR KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR
Soalan khas saya untuk ANDA yang sudah bergelar ibu/bapa :
Bagaimana Jika Anak Anda Sendiri Kekal Menjadi Anak Yang Derhaka Sehingga Ke Penghujung Hayat Anda?
Tidakkah Anda Inginkan Anak Yang Soleh Yang Membuatkan Anda Tersenyum Dan Mampu Menitiskan Air Mata Dengan Pencapaian Positif Pada Diri Mereka?
Sudah Tentu Anda Inginkannya! Tapi Bagaimana?
Daripada : Mohd Nasri b. Abd Ghani.
Assalamualaikum,
Saya cuba untuk meringkaskan penjelasan saya. Mungkin saudara tidak mempunyai banyak masa. Tetapi jika saudara prihatin dengan anak saudara, inginkan mereka cemerlang dari segi akhlak dan pencapaian dalam hidup, apa yang akan saya sampaikan kepada saudara ini adalah sangat penting demi untuk masa depan anak saudara...
Ya, saya benar-benar serius.
Sama ada saudara sedar atau tidak, anak-anak muda zaman sekarang sudah banyak terpengaruh dengan gejala sosial yang merosakkan. Anak saya, mahupun anak saudara sendiri, mungkin terlibat dengan gejala tidak sihat. Siapa tahu?
Mungkin saudara tidak sedar dengan kegiatan seharian anak saudara. Kadangkala kita tidak sedar kita terlalu sibuk dan tidak mengetahui tingkahlaku sebenar anak kita. Persoalannya...
Pastikah anak saudara tidak terjebak dengan kegiatan tidak sihat?
Apa yang akan saya ceritakan adalah mengikut pengalaman saya sendiri. Saudara, terus-terang saya katakan, sepanjang hidup saya, sebelum saya menjejakkan kaki di menara gading, bidang motivasi ini adalah satu bidang yang langsung tidak ada dalam kamus hidup saya.
Bagi saya, apa saja bentuk motivasi adalah sesuatu yang membosankan terutama sekali motivasi untuk remaja ataupun pelajar. Pada masa itu, saya rasakan biarlah remaja atau pelajar ini dengan cara mereka…dengan dunia mereka dan saya dengan dunia saya.
Buatlah apa saja yang mereka suka. Siapa peduli! Saya amat selesa dengan dunia saya.
Namun saudara, tanggapan saya adalah salah sama sekali.
Tamat saja Sijil Pelajaran Malaysia, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dan di situlah bermulanya detik-detik di mana saya berjinak-jinak dengan apa yang dikatakan motivasi ini.
Semuanya bermula apabila rakan sebilik saya menawarkan saya untuk menyertai satu program motivasi kepada pelajar di Utara tanah air. Dengan rasa terpaksa, saya bersetuju untuk menyertainya kerana tidak sampai hati menolak pelawaan kawan baik sendiri.
Dipendekkan cerita, selama 5 hari 4 malam saya di sana... macam-macam yang saya belajar. Saya mula sedar apakah yang dikatakan motivasi dan saya begitu tertarik sekali. Dahulu saya rasakan motivasi ini adalah satu bidang yang amat membosankan…kini tanggapan saya itu semuanya salah.
Tamat saja pengajian, saya diterima berkhidmat dengan sebuah NGO kerajaan yang terkenal yang berteraskan Islam. Sungguh tak disangka, tugas saya di jabatan tersebut ialah mengadakan kursus motivasi kepada remaja dan pelajar di seluruh Malaysia.
Semasa saya bertugas di sana, ratusan kursus motivasi yang saya telah laksanakan terutamanya kepada remaja dan pelajar seperti anak-anak saudara. Hampir 5 tahun saya bertugas. Dari semasa ke semasa saya dapat meningkatkan kemahiran saya di dalam bidang motivasi ini.
Sepanjang pengalaman saya mengendalikan kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah, ada 1 perkara yang cukup menghairankan saya.
Hasil yang saya peroleh :
Kebanyakan pelajar yang bermasalah menceritakan kesemua masalah UTAMA mereka kepada saya...
...tetapi mereka tidak pernah menceritakan masalah tersebut kepada ibu bapa mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, mereka juga dengan rasa bersalah menceritakan kesalahan mereka sendiri secara terus-terang dengan saya.
Walaupun kesalahan yang mereka lakukan itu cukup melampau dan memalukan.
Jika saya ceritakan kisah sebenar yang berlaku terhadap remaja hari ini, saudara mungkin tidak percaya dan akan mengatakan saya gila. Saya pasti, saudara sukar untuk mempercayainya.
Saya telah mendengar pelbagai rintihan remaja yang mengaku telah melakukan kesalahan seperti pernah berzina, mengambil dadah, menghisap gam, pil khayal, terlibat dengan sindiket pelacuran, lumba haram dan yang paling ramai ialah menderhaka kepada ibu bapa.
Biasanya kita dengar perkara-perkara tersebut dilakukan oleh golongan dewasa sahaja, tetapi perbuatan tersebut bukan lagi perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh pelajar sekolah pada zaman ini. Saya boleh ceritakan serba-sedikit mengenai pengalaman saya mengendali pelajar yang bermasalah.
Pelajar lelaki berumur 16 tahun mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan 5 tahun?
Ini antara kes yang saya temui. Saya akui memang bunyinya terlalu biadap. Saya sendiri tidak percaya bagaimana seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun sanggup mencabul kehormatan seorang budak perempuan berumur 5 tahun.
Sebenarnya pelajar lelaki tersebut memerangkap budak perempuan tersebut hanya dengan membelikan aiskrim. Bunyinya seperti saya membuat lawak bukan? Tetapi itulah hakikatnya yang kita semua terpaksa terima!
Malangnya perbuatan tersebut dilakukan berkali-kali tanpa pengetahuan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Pelajar lelaki ini tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun dan memberi amaran kepada budak perempuan tersebut supaya mendiamkan diri.
Tetapi semasa di dalam kem motivasi yang saya kendalikan, dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan, pelajar lelaki tersebut menceritakan perkara sebenarnya kepada saya. Dan sebenarnya, pelajar tersebut sendiri berasa bingung mengapa beliau boleh menceritakan semuanya kepada saya.
Pelajar perempuan berumur 17 tahun melacurkan diri sejak berusia 12 tahun?
Kes yang lain pula melibatkan seorang pelajar perempuan yang berusia 17 tahun. Pelajar ini menceritakan semenjak dia berusia 12 tahun, dia telah melacurkan dirinya.
Pelajar ini menawarkan perkhidmatan seks kepada sesiapa sahaja yang menghendakinya. Pelajar ini melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada waktu malam. Alasan yang diberikan kepada kedua ibu bapanya ialah ada kelas tambahan di sekolah ataupun perbincangan dengan kawan.
Apabila saya bertanya kepadanya mengapa dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Jawapannya, kerana keluarganya tidak dapat memenuhi kehendaknya dan mereka langsung tidak ambil berat pasal dirinya.
Mungkin sukar bagi saudara untuk mempercayai. Tapi saudara, inilah realiti kehidupan sekarang. Selama 4 tahun pelajar ini melakukan perbuatan ini. Semasa berada di kem motivasi yang saya kendalikan, sambil menangis pelajar ini menceritakan kepada saya dan dia sangat kesal apa yang telah dia lakukan dan rasa bersalah kepada kedua ibu bapanya.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun berzina di dalam rumah ibu bapanya sendiri?
Kes berikutnya adalah seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengambil kesempatan ketiadaan ibu bapanya di rumah dengan membawa pulang teman wanitanya. Mereka melakukan perbuatan yang terkutuk tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Apabila saya bertanyakan kepadanya semasa di dalam kem motivasi, apakah sebabnya dia sanggup berbuat demikian? Jawapan yang pelajar ini berikan cukup menyedihkan.
Pelajar ini kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Mereka terlalu sibuk dengan tugas masing-masing. Bagi mereka, memberikan wang yang banyak kepada anak mereka sudah memadai. Wang ringgit sebagai ganti kepada kasih sayang.
Saudara, ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh kes daripada beratus-ratus kes yang lain yang saya tak dapat hendak ceritakan di sini.
"Kes yang paling banyak saya terima adalah derhaka kepada ibu bapa."
Sebagai rumusannya, apabila saya bertanya kepada pelajar-pelajar ini apakah sebab-sebab utama mereka berbuat demikian, ini adalah sebahagian daripada jawapan yang saya terima :
Kurangnya kasih sayang ibu bapa.
Inginkan kebebasan.
Tidak bersemangat untuk belajar.
Terpengaruh dengan kawan-kawan.
Ingin mencuba sesuatu yang baru.
Bosan dengan keluarga yang tak mampu memenuhi kehendak mereka.
Persoalannya sekarang...
Mengapa Ini Terjadi? Siapa Yang Harus Dipersalahkan? Pelajar Atau Anda Sebagai Ibu Bapa?
Pihak ibubapa perlu sentiasa prihatin terhadap anak-anak walaupun sibuk dengan tugasan harian .

Kearah Kejayaan Diri
APA YANG DIMILIKI OLEH SEMUA ORANGYANG BERJAYA
9 Mac 2007
Petikan buku siri motivasi 'MEMBINA KETAHANAN DIRI' dari GEORGE LEONARD et. al.
Lima ciri penting golongan yang mencapai puncak kejayaan. Anda juga berupaya memupuknya demi kejayaan anda sendiri.
1. AKAL YANG SIHAT
Bagi kebanyakan orang, akal yang sihat bererti kemampuan untuk memberi pertimbangan-pertimbangan logic dan praktik tentang berbagai urusan seharian. Untuk melakukan hal ini, perlu disingkirkan ide-ide yang tidak ada hubungannya dengan persoalan tadi dan berusaha untuk menguasai inti persoalan tersebut. Seorang tokoh minyak dan gas yang terkemuka dari Texas mengungkapkan ciri ini sebagai berikut:”Kemampuan utama untuk meraih kejayaan adalah menyederhanakan persoalan. Dalam memimpin sekumpulan orang dan behadapan degan pengurus industri, al yang sangat penting adalah mengubah masalah yang rumit menjadi mudah.”
2. KUASAILAH BIDANG ANDA
Di samping akal yang sihat, pengetahuan khusus mengenai bidang anda merupakan cirri kedua yang dimiliki smua responden. ¾ daripaa responden memberikan nilai A untuk diri mereka sendiri dala hubungan dengan ciri ini. Pengetahuan khusus bukanlah sesuatu yang boleh anda perolehi begitu sahaja. Proses belajar akan terus berlangsung, bahkan setelah anda mencapai puncak-puncak utama. “Untuk meraih kejayaan, anda harus menginginkannya,” demikian dijelaskan oleh timbalan presiden itu. “Kemudian,anda perlu berusaha mempertahankannya.”
3. KEPERCAYAAN DIRI
Golongan yang berjaya banyak bergantung pada sumber daya dan kemampuan yang mereka miliki. 70% memberikan nilai A untuk dirinya dalam kaitan degan ciri itu. Kepercayaan diri bukanlah bagaimana perasaan anda atau bagaimana baiknya anda, melainkan apakah anda mempunyai inisiatif untuk melakukan suatu tindakan demi memperolehnya.

4. KECERDASAN UMUM
Kajian yang dijalankan menunjukka bahawa banyak jenis keerdasan tidak dapat diukur dengan metod-metod biasa, seperti tes I.Q. apa yang menarik ialah para responden kami mempunyai I.Q yang cukup tinggi dengan nilai puratanya 140. Ketika berbicara tentang kecerdasan, golongan yang mencapai puncak prestasi tidak hanya memusatkan tumpuan bahawa ia berkaitan dengan pembawaan lahir. Seorang eksekutif kewangan mengungkapkannya sebagai berikut: “Akal yang suka menyelidik dan minat yang sangat mendalam merupakan dasar untuk meraih kejayaan.”
5. KEMAMPUAN UNTUK MENGERJAKAN SESUTU SAMPAI SELESAI
Hampir ¾ golongan yang memiliki prestasi yang tinggi melalui
penyelidikan yang telah dibuat, ia berada pada deretan orang yang “sangat efisien” dalam menyelesaikan tugas mereka. Mereka bersetuju bahawa paling kurang tiga ciri penting telah membantu mereka melakukan hal seperti itu, iaitu kemampuan organisasi, kebiasaan kerja yang baik, dan ketekunan.
oleh:Geoge Gallup, Jr., Alec M., Gallup dan William Procter
Kesilapan ibubapa kini................
40 kesilapan ibubapa
9 Mac 2007
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996b
Disemak oleh Norhisham Jantan STHAM 07
kalau guru............
kalau guru....
8 mac 2007
kalau guru malas membaca
ilmu diajar tidak tentu punca..
kalau guru tidak bersedia
dalam kelas banyak bercerita...
kalau guru sentiasa sibuk
murid dlm kelas hiruk pikuk
kalau guru sentiasa marah
murid keluar tak tenti arah...
kalau guru tak sukakan pelajar
tak berkat ilmu yg diajar..
kalau guru tak galak membaca
murid sekadar asyik menerima..
kalau guru suka berdamping
semua murid dapart dibimbing..
kalau guru menunggu arah
semua kerja kena kerah...
kalau guru kenal pelajar
diluar sekolah dia tak liar..
kalau guru kurang merancang
dalam kelas banyak temberang..
kalau guru banyak tak tahu
bimbinglah dia agar berilmu..
kalau guru ada kepandaian
buatlah dia dengan kemudahan....
apa guna menjadi guru
kalau fikiran masih bercelaru...
apa guna menjadi pelajar
kalau masih berkurang ajar...
sham...2007
Membina Ketahanan Diri
MEMBINA KETAHANAN DIRI
24 Apr 2004
Petikan buku siri motivasi 'MEMBINA KETAHANAN diri' oleh GEORGE LEONARD et. al.
Dalam diri kita terdapat timbunan tenaga yang belum digunakan, di mana jumlahnya jauh lebih besar daripada yang kita bayangkan boleh digunakan. seandainya kita dapat menggali 10% daripada tenaga ini dan menambahkannya pada tenaga yang sekarang kita miliki, maka hidup kita kan mengalami perubahan yang besar. Berikut adalah cara untuk menggali tenaga yang tersembunyi itu:
1. MANFAATKAN RASA MARAH
Ada ketikanya kita perlu melontarkan kemarahan kita dan biarlah dunia ini mengetahuinya. Sungguhpun begitu, selalu terbuka kemungkinan bagi kita menyalurkan tenaga dari kejengkelan, bahkan kemarahan, dan menyalurkannya bagi suatu kegiatan yang positif. bila anda rasa kemarahan itu mula mendidih, maka carilah pekerjaan yang anda senangi da salurlah kemarahan itu dengan memberikan tumpuan pada pekerjaan yang anda senangi itu.
2. BERILAH PENEKANAN PADA SIKAP POSITIF MENGHADAPI BERBAGAI KEADAAN
Berbagai penilitian telah membuktikan bahawa orang yang memandang kehidupan ini dengan positif akan lebih kecil kemungkinannya untuk menderita sakit, daripada orang yang memandang kehidupan ini dengan pandangan yang negatif. Mereka juga memiliki lebih banyak tenaga. Bila kita mengakui suatu hal yang negatif, maka itu bukan bererti kita meratapinya, tetapi kita menghadapi kenyataan itu dan berjalan terus. Dengan mengutarakan hal-hal buruk yang anda alami pada seorang teman, maka ada kemunkinan anda akan merasa lebih segar dan bertenaga.
3. KATAKAN HAL YANG BENAR
Teknik pengutaraan kebenaran ini baru dapat memberikan hasil yang besar, apabila ia dipakai untuk mengungkapkan hati nurani anda, bukan untuk mengejek orang lain dan memaksakan kehendak sendiri. Dalam teknik pengutaraan kbenaran ini juga terdapat unsur risiko, cabaran, sukacita dan yang lebih penting lagi ia membangkitkan tenaga.
4. TENTUKAN KEUTAMAAN
Ada suatu fakta penting yang perlu kita tetapkan dalam membuat pilihan. Fakta itu ialah, bahawa untuk bergerak ke suatu arah tertentu, maka anda perlu mengenepikan arah lainnya. Niat yang jelas untuk melakukan suatu tindakan, kerapkali dapat menghilangkan kelesuan semangat. Pilihan yang salah adalah lebih baik daripada tidak melakukan pilihan sama sekali. Mulalah meyusun senarai keutamaan kerja yang akan anda lakukan bagi satu hari, satu minggu dan satu bulan. Selain pembahagian janga pendek, anda juga disarankan untuk membuat pembahagian yang sama untuk matlamat jangka panjang.
5. BUATLAH KOMITMEN
Tiada hal yang lebih membangkitkan tenaga daripada penetapan batas waktu yang mantap dan kukuh. Kita semua tentu pernah mengalamisituasi bagaimana kita terpaksa berjaga malam untu mengejar batas waktu penyerahan suatu makalah, atau penyerahan dokumen tender. Oleh itu, kita haruslah membuat komitmen dengan mengumumkan batas waktu yang anda tetapkan sendiri pada orang lain. Semakin kukuh batas waktunya, semakin sukar ia hendak dilanggar dan semakin besar tenaga yang dituntut daripada anda untuk menyelesaikan pekerjaan.
6. TERUSLAH BERGERAK
Anda tidak dapat menggali tenaga secara paksa. Anda tidak dapat membangunkannya kalau anda tidak menggunakannya. Berdiam diri sebentar adalah sebahagian daripada setiap rencana tindakan. Tetapi sikap berdiam diri yang tidak disusuli dengan tindakan positif akan membuat anda putus asa. Hakikatnya, masih terdapat banyak pekerjaan yang konstruktif dan kreatif untuk dilakukan. Semua kita berkeupayaan meningkatkan tenaga diri kita.
Oleh: GEORGE LEONARD
PUISI CINTA SINGAPURA LUPA .........
PUISI CINTA SINGAPURA LUPA.
Semalam kita sering bermain bersama-sama
wajah sungguh gembira dan ceria
ketika masih bersekolah
di kota Singa.
Dan entah mengapa....
kita sudah pun berpisah
kerana telah dewasa
masing2 mengambil jalannya sendiri-sendiri.
Hari ini kita bertemu
ku lihat wajah kita sudah berubah
tidak seceria seperti dahulu
masing2 tunduk tanda setuju
tekanan pekerjaan
tekanan kehidupan
sudah membuat kita terlalu sibuk
sehingga terlupa...
yang kita pernah berwajah gembira dan ceria
pada sedikit masa dahulu
11.23.06Murtad Malaysia- Jalan Sebenar?Posted in Murtad malaysia at 9:06 am by airforceone
Perhimpunan agung UMNO telah berakhir, dan seperti artikel minggu lepas, tiada banyak yang boleh dibicarakan untuk mengenalpasti dan juga menyelesaikan masaaalah atau dileman yang di hadapi masa kini. Murtad di Malaysia adalah suatu trend yang semua pihak perlua akui. Pilihan untuk menukar agama mungkin boleh dibendung dengan undang undang dan Agama itu sendiri di lindungi, tetapi sepertimana undang undang jalan raya, masih ada pihak yang akan melanggar undang undang tersebut.
bagi murtad di malaysia, mungkin mereka yang murtad ini mengambil jalan keluar untuk pelbagai sebab sepertimana yang telah di tulis pada coretan lepas, kali ini marilah kita melihat jalan murtad itu sendiri, adakah ianya benar dan mampu membahagiakan pemilih jalan murtad ini?
Socrates pernah dijatuhkan hukuman bunuh kerana menceritakan kebenaran, pendekatan dan cahaya kebenaran ini lah sebenarnya di manipulasikan oleh pelbagai piahk dengan pelbagai umpan untuk membawa seseorang atau individu tersebut memilih umpan yang diberikan.
Persoalan kebenaran inilah yang telah Tuhan datangkan di dalam pelbagai bentuk yang mana melalui rasul dan juga pesuruh or “messenger”.
Tujuan Utama Agama
Agama langit sentiasa berpaksikan tauhid atau kesatuan, hanya satu tuhan, tidak dua dan tidak tiga! Agama yang sebenar juga membawa keharmonian di ketika kerosakan dan juga kehancuran dan kezaliman berleluasa. Manusia itu sentiasa membawa nafsu sebagai tujuan utama untuk dipuaskan, inilah maksud tersirat atau niat yang tersembunyi.
Murtad di Malaysia mungkin adalah disebabkan kehendak nafsu segelintir atau pun ketidak ketahuan akan apakah kebenaran dan agama itu sebenarnya, maka dari situlah lahirnya suatu tanggapan atau marah dan buruk sangka terhadap agama lahir seseorang itu. Ketidak harmonian mental dan tertutupnya kebanrana daripada minda mereka yang mencari kebenaran inilah yang akan membawa mereka untuk tercari cari akan kebenaran itu sendiri.
Bahasa Itik
Pernah diriwayatkan pada suatu malam yang kelam, Maulana Jalaluddin Rumi menceritakan bahawa beliau berjalan di bandar, di tengah bandar belaiu berhenti di depan sebuah kolam yang ketika itu dipenuhi dengan Itik-itik yang berhijrah di musim sejuk. Belaiu kemudiannya berbicara dengan itik itik tersebut dan kesemua itik itik tersebut berkumpul mendengar syarahan beliau.
Orang awam yang bertanya beliu kemudiannya musykil dan bertanya apakah yang diutarakan oleh rumi, beliau berkata bahawa beliau bukanlah berkata kata di dalam bahasa itik tetapi berkata - kata didalam bahasa manusia, tetapi itik itik tersebut mendengar kebenaran dan ruh bahasa beliau.
Kebenaran Berzaman
Socrates di hukum bunuh dengan diarahkan meminum racun kerana pemikiran beliau membawa kepada konsep mengenal diri atau kebanaran. Itu adalah sebahagian daripada sejarah yang tertulis seperti juga bahasa itik kisah Rumi. Kebenaran ini dicari sejak zaman berzaman, bagi yang mahukan kesesatan dan kenikmatan, tiada apa yang mampu membawa mereka ini kepada cahaya. Kumpulan pemerintah dan juga mereka yag menguasai keadaan mungkin akan menjadi tergugat dengan adanya pihak yang membawa kepada kebanran itu.
JALAN SEBENAR MURTAD
Sekiranya kita bertanya kepada orang yang murtad tersebut , kenapa mereka murtad?apakahjawapan yang akan diberikan? tanpa bertanya kita terus sudah mendapat jawapannya, terpulang lah kepada pemerintah untuk menjalankan kewajipan mengikut undang undang mereka.
Tetapi sejak zaman berzaman, soalan keluar dari agama adalah boleh diungkaikan seperti pepatah lama “the grass is always greener on the other side” rumput itu nampak lebih hijau di sebelah satu lagi.
Permalink
Rakus: pelajar kita
Baru sahaja masuk 2007 , terdapat berbagai kes di sekolah SMK Beramboi di Bukit Lama, Selangor. Ini amat memeranjatkan pihak ibu bapa dan masyarakat d sekitarnya.
Bermula dengan kes memukul guru inikan pula dengan kelahiran bayi di dalam tandas sekolah tersebut .
Pihak pengetua amat memandang serius mengenai masalah ini .
Beliau amat kecewa lantas sedang menimbang tara untuk memberhentikan pelajar itu
guru dan dirinya sendiri

Subscribe to:
Posts (Atom)