Thursday, March 8, 2007
11.23.06Murtad Malaysia- Jalan Sebenar?Posted in Murtad malaysia at 9:06 am by airforceone
Perhimpunan agung UMNO telah berakhir, dan seperti artikel minggu lepas, tiada banyak yang boleh dibicarakan untuk mengenalpasti dan juga menyelesaikan masaaalah atau dileman yang di hadapi masa kini. Murtad di Malaysia adalah suatu trend yang semua pihak perlua akui. Pilihan untuk menukar agama mungkin boleh dibendung dengan undang undang dan Agama itu sendiri di lindungi, tetapi sepertimana undang undang jalan raya, masih ada pihak yang akan melanggar undang undang tersebut.
bagi murtad di malaysia, mungkin mereka yang murtad ini mengambil jalan keluar untuk pelbagai sebab sepertimana yang telah di tulis pada coretan lepas, kali ini marilah kita melihat jalan murtad itu sendiri, adakah ianya benar dan mampu membahagiakan pemilih jalan murtad ini?
Socrates pernah dijatuhkan hukuman bunuh kerana menceritakan kebenaran, pendekatan dan cahaya kebenaran ini lah sebenarnya di manipulasikan oleh pelbagai piahk dengan pelbagai umpan untuk membawa seseorang atau individu tersebut memilih umpan yang diberikan.
Persoalan kebenaran inilah yang telah Tuhan datangkan di dalam pelbagai bentuk yang mana melalui rasul dan juga pesuruh or “messenger”.
Tujuan Utama Agama
Agama langit sentiasa berpaksikan tauhid atau kesatuan, hanya satu tuhan, tidak dua dan tidak tiga! Agama yang sebenar juga membawa keharmonian di ketika kerosakan dan juga kehancuran dan kezaliman berleluasa. Manusia itu sentiasa membawa nafsu sebagai tujuan utama untuk dipuaskan, inilah maksud tersirat atau niat yang tersembunyi.
Murtad di Malaysia mungkin adalah disebabkan kehendak nafsu segelintir atau pun ketidak ketahuan akan apakah kebenaran dan agama itu sebenarnya, maka dari situlah lahirnya suatu tanggapan atau marah dan buruk sangka terhadap agama lahir seseorang itu. Ketidak harmonian mental dan tertutupnya kebanrana daripada minda mereka yang mencari kebenaran inilah yang akan membawa mereka untuk tercari cari akan kebenaran itu sendiri.
Bahasa Itik
Pernah diriwayatkan pada suatu malam yang kelam, Maulana Jalaluddin Rumi menceritakan bahawa beliau berjalan di bandar, di tengah bandar belaiu berhenti di depan sebuah kolam yang ketika itu dipenuhi dengan Itik-itik yang berhijrah di musim sejuk. Belaiu kemudiannya berbicara dengan itik itik tersebut dan kesemua itik itik tersebut berkumpul mendengar syarahan beliau.
Orang awam yang bertanya beliu kemudiannya musykil dan bertanya apakah yang diutarakan oleh rumi, beliau berkata bahawa beliau bukanlah berkata kata di dalam bahasa itik tetapi berkata - kata didalam bahasa manusia, tetapi itik itik tersebut mendengar kebenaran dan ruh bahasa beliau.
Kebenaran Berzaman
Socrates di hukum bunuh dengan diarahkan meminum racun kerana pemikiran beliau membawa kepada konsep mengenal diri atau kebanaran. Itu adalah sebahagian daripada sejarah yang tertulis seperti juga bahasa itik kisah Rumi. Kebenaran ini dicari sejak zaman berzaman, bagi yang mahukan kesesatan dan kenikmatan, tiada apa yang mampu membawa mereka ini kepada cahaya. Kumpulan pemerintah dan juga mereka yag menguasai keadaan mungkin akan menjadi tergugat dengan adanya pihak yang membawa kepada kebanran itu.
JALAN SEBENAR MURTAD
Sekiranya kita bertanya kepada orang yang murtad tersebut , kenapa mereka murtad?apakahjawapan yang akan diberikan? tanpa bertanya kita terus sudah mendapat jawapannya, terpulang lah kepada pemerintah untuk menjalankan kewajipan mengikut undang undang mereka.
Tetapi sejak zaman berzaman, soalan keluar dari agama adalah boleh diungkaikan seperti pepatah lama “the grass is always greener on the other side” rumput itu nampak lebih hijau di sebelah satu lagi.
Permalink
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment