Thursday, March 8, 2007
Kearah Kejayaan Diri
APA YANG DIMILIKI OLEH SEMUA ORANGYANG BERJAYA
9 Mac 2007
Petikan buku siri motivasi 'MEMBINA KETAHANAN DIRI' dari GEORGE LEONARD et. al.
Lima ciri penting golongan yang mencapai puncak kejayaan. Anda juga berupaya memupuknya demi kejayaan anda sendiri.
1. AKAL YANG SIHAT
Bagi kebanyakan orang, akal yang sihat bererti kemampuan untuk memberi pertimbangan-pertimbangan logic dan praktik tentang berbagai urusan seharian. Untuk melakukan hal ini, perlu disingkirkan ide-ide yang tidak ada hubungannya dengan persoalan tadi dan berusaha untuk menguasai inti persoalan tersebut. Seorang tokoh minyak dan gas yang terkemuka dari Texas mengungkapkan ciri ini sebagai berikut:”Kemampuan utama untuk meraih kejayaan adalah menyederhanakan persoalan. Dalam memimpin sekumpulan orang dan behadapan degan pengurus industri, al yang sangat penting adalah mengubah masalah yang rumit menjadi mudah.”
2. KUASAILAH BIDANG ANDA
Di samping akal yang sihat, pengetahuan khusus mengenai bidang anda merupakan cirri kedua yang dimiliki smua responden. ¾ daripaa responden memberikan nilai A untuk diri mereka sendiri dala hubungan dengan ciri ini. Pengetahuan khusus bukanlah sesuatu yang boleh anda perolehi begitu sahaja. Proses belajar akan terus berlangsung, bahkan setelah anda mencapai puncak-puncak utama. “Untuk meraih kejayaan, anda harus menginginkannya,” demikian dijelaskan oleh timbalan presiden itu. “Kemudian,anda perlu berusaha mempertahankannya.”
3. KEPERCAYAAN DIRI
Golongan yang berjaya banyak bergantung pada sumber daya dan kemampuan yang mereka miliki. 70% memberikan nilai A untuk dirinya dalam kaitan degan ciri itu. Kepercayaan diri bukanlah bagaimana perasaan anda atau bagaimana baiknya anda, melainkan apakah anda mempunyai inisiatif untuk melakukan suatu tindakan demi memperolehnya.
3. KEPERCAYAAN DIRI
Golongan yang berjaya banyak bergantung pada sumber daya dan kemampuan yang mereka miliki. 70% memberikan nilai A untuk dirinya dalam kaitan degan ciri itu. Kepercayaan diri bukanlah bagaimana perasaan anda atau bagaimana baiknya anda, melainkan apakah anda mempunyai inisiatif untuk melakukan suatu tindakan demi memperolehnya.
4. KECERDASAN UMUM
Kajian yang dijalankan menunjukka bahawa banyak jenis keerdasan tidak dapat diukur dengan metod-metod biasa, seperti tes I.Q. apa yang menarik ialah para responden kami mempunyai I.Q yang cukup tinggi dengan nilai puratanya 140. Ketika berbicara tentang kecerdasan, golongan yang mencapai puncak prestasi tidak hanya memusatkan tumpuan bahawa ia berkaitan dengan pembawaan lahir. Seorang eksekutif kewangan mengungkapkannya sebagai berikut: “Akal yang suka menyelidik dan minat yang sangat mendalam merupakan dasar untuk meraih kejayaan.”
5. KEMAMPUAN UNTUK MENGERJAKAN SESUTU SAMPAI SELESAI
Hampir ¾ golongan yang memiliki prestasi yang tinggi melalui
penyelidikan yang telah dibuat, ia berada pada deretan orang yang “sangat efisien” dalam menyelesaikan tugas mereka. Mereka bersetuju bahawa paling kurang tiga ciri penting telah membantu mereka melakukan hal seperti itu, iaitu kemampuan organisasi, kebiasaan kerja yang baik, dan ketekunan.
oleh:Geoge Gallup, Jr., Alec M., Gallup dan William Procter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment