DAFTAR KEM MOTIVASI DIRI PELAJAR
Soalan khas saya untuk ANDA yang sudah bergelar ibu/bapa :
Bagaimana Jika Anak Anda Sendiri Kekal Menjadi Anak Yang Derhaka Sehingga Ke Penghujung Hayat Anda?
Tidakkah Anda Inginkan Anak Yang Soleh Yang Membuatkan Anda Tersenyum Dan Mampu Menitiskan Air Mata Dengan Pencapaian Positif Pada Diri Mereka?
Sudah Tentu Anda Inginkannya! Tapi Bagaimana?
Daripada : Mohd Nasri b. Abd Ghani.
Assalamualaikum,
Saya cuba untuk meringkaskan penjelasan saya. Mungkin saudara tidak mempunyai banyak masa. Tetapi jika saudara prihatin dengan anak saudara, inginkan mereka cemerlang dari segi akhlak dan pencapaian dalam hidup, apa yang akan saya sampaikan kepada saudara ini adalah sangat penting demi untuk masa depan anak saudara...
Ya, saya benar-benar serius.
Sama ada saudara sedar atau tidak, anak-anak muda zaman sekarang sudah banyak terpengaruh dengan gejala sosial yang merosakkan. Anak saya, mahupun anak saudara sendiri, mungkin terlibat dengan gejala tidak sihat. Siapa tahu?
Mungkin saudara tidak sedar dengan kegiatan seharian anak saudara. Kadangkala kita tidak sedar kita terlalu sibuk dan tidak mengetahui tingkahlaku sebenar anak kita. Persoalannya...
Pastikah anak saudara tidak terjebak dengan kegiatan tidak sihat?
Apa yang akan saya ceritakan adalah mengikut pengalaman saya sendiri. Saudara, terus-terang saya katakan, sepanjang hidup saya, sebelum saya menjejakkan kaki di menara gading, bidang motivasi ini adalah satu bidang yang langsung tidak ada dalam kamus hidup saya.
Bagi saya, apa saja bentuk motivasi adalah sesuatu yang membosankan terutama sekali motivasi untuk remaja ataupun pelajar. Pada masa itu, saya rasakan biarlah remaja atau pelajar ini dengan cara mereka…dengan dunia mereka dan saya dengan dunia saya.
Buatlah apa saja yang mereka suka. Siapa peduli! Saya amat selesa dengan dunia saya.
Namun saudara, tanggapan saya adalah salah sama sekali.
Tamat saja Sijil Pelajaran Malaysia, saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dan di situlah bermulanya detik-detik di mana saya berjinak-jinak dengan apa yang dikatakan motivasi ini.
Semuanya bermula apabila rakan sebilik saya menawarkan saya untuk menyertai satu program motivasi kepada pelajar di Utara tanah air. Dengan rasa terpaksa, saya bersetuju untuk menyertainya kerana tidak sampai hati menolak pelawaan kawan baik sendiri.
Dipendekkan cerita, selama 5 hari 4 malam saya di sana... macam-macam yang saya belajar. Saya mula sedar apakah yang dikatakan motivasi dan saya begitu tertarik sekali. Dahulu saya rasakan motivasi ini adalah satu bidang yang amat membosankan…kini tanggapan saya itu semuanya salah.
Tamat saja pengajian, saya diterima berkhidmat dengan sebuah NGO kerajaan yang terkenal yang berteraskan Islam. Sungguh tak disangka, tugas saya di jabatan tersebut ialah mengadakan kursus motivasi kepada remaja dan pelajar di seluruh Malaysia.
Semasa saya bertugas di sana, ratusan kursus motivasi yang saya telah laksanakan terutamanya kepada remaja dan pelajar seperti anak-anak saudara. Hampir 5 tahun saya bertugas. Dari semasa ke semasa saya dapat meningkatkan kemahiran saya di dalam bidang motivasi ini.
Sepanjang pengalaman saya mengendalikan kem motivasi di kalangan pelajar sekolah menengah, ada 1 perkara yang cukup menghairankan saya.
Hasil yang saya peroleh :
Kebanyakan pelajar yang bermasalah menceritakan kesemua masalah UTAMA mereka kepada saya...
...tetapi mereka tidak pernah menceritakan masalah tersebut kepada ibu bapa mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, mereka juga dengan rasa bersalah menceritakan kesalahan mereka sendiri secara terus-terang dengan saya.
Walaupun kesalahan yang mereka lakukan itu cukup melampau dan memalukan.
Jika saya ceritakan kisah sebenar yang berlaku terhadap remaja hari ini, saudara mungkin tidak percaya dan akan mengatakan saya gila. Saya pasti, saudara sukar untuk mempercayainya.
Saya telah mendengar pelbagai rintihan remaja yang mengaku telah melakukan kesalahan seperti pernah berzina, mengambil dadah, menghisap gam, pil khayal, terlibat dengan sindiket pelacuran, lumba haram dan yang paling ramai ialah menderhaka kepada ibu bapa.
Biasanya kita dengar perkara-perkara tersebut dilakukan oleh golongan dewasa sahaja, tetapi perbuatan tersebut bukan lagi perkara yang mustahil untuk dilakukan oleh pelajar sekolah pada zaman ini. Saya boleh ceritakan serba-sedikit mengenai pengalaman saya mengendali pelajar yang bermasalah.
Pelajar lelaki berumur 16 tahun mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan 5 tahun?
Ini antara kes yang saya temui. Saya akui memang bunyinya terlalu biadap. Saya sendiri tidak percaya bagaimana seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun sanggup mencabul kehormatan seorang budak perempuan berumur 5 tahun.
Sebenarnya pelajar lelaki tersebut memerangkap budak perempuan tersebut hanya dengan membelikan aiskrim. Bunyinya seperti saya membuat lawak bukan? Tetapi itulah hakikatnya yang kita semua terpaksa terima!
Malangnya perbuatan tersebut dilakukan berkali-kali tanpa pengetahuan ibu bapa kedua-dua belah pihak. Pelajar lelaki ini tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun dan memberi amaran kepada budak perempuan tersebut supaya mendiamkan diri.
Tetapi semasa di dalam kem motivasi yang saya kendalikan, dengan hati yang ikhlas dan penuh keinsafan, pelajar lelaki tersebut menceritakan perkara sebenarnya kepada saya. Dan sebenarnya, pelajar tersebut sendiri berasa bingung mengapa beliau boleh menceritakan semuanya kepada saya.
Pelajar perempuan berumur 17 tahun melacurkan diri sejak berusia 12 tahun?
Kes yang lain pula melibatkan seorang pelajar perempuan yang berusia 17 tahun. Pelajar ini menceritakan semenjak dia berusia 12 tahun, dia telah melacurkan dirinya.
Pelajar ini menawarkan perkhidmatan seks kepada sesiapa sahaja yang menghendakinya. Pelajar ini melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada waktu malam. Alasan yang diberikan kepada kedua ibu bapanya ialah ada kelas tambahan di sekolah ataupun perbincangan dengan kawan.
Apabila saya bertanya kepadanya mengapa dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini. Jawapannya, kerana keluarganya tidak dapat memenuhi kehendaknya dan mereka langsung tidak ambil berat pasal dirinya.
Mungkin sukar bagi saudara untuk mempercayai. Tapi saudara, inilah realiti kehidupan sekarang. Selama 4 tahun pelajar ini melakukan perbuatan ini. Semasa berada di kem motivasi yang saya kendalikan, sambil menangis pelajar ini menceritakan kepada saya dan dia sangat kesal apa yang telah dia lakukan dan rasa bersalah kepada kedua ibu bapanya.
Pelajar lelaki berusia 17 tahun berzina di dalam rumah ibu bapanya sendiri?
Kes berikutnya adalah seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengambil kesempatan ketiadaan ibu bapanya di rumah dengan membawa pulang teman wanitanya. Mereka melakukan perbuatan yang terkutuk tanpa pengetahuan sesiapa pun.
Apabila saya bertanyakan kepadanya semasa di dalam kem motivasi, apakah sebabnya dia sanggup berbuat demikian? Jawapan yang pelajar ini berikan cukup menyedihkan.
Pelajar ini kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Mereka terlalu sibuk dengan tugas masing-masing. Bagi mereka, memberikan wang yang banyak kepada anak mereka sudah memadai. Wang ringgit sebagai ganti kepada kasih sayang.
Saudara, ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh kes daripada beratus-ratus kes yang lain yang saya tak dapat hendak ceritakan di sini.
"Kes yang paling banyak saya terima adalah derhaka kepada ibu bapa."
Sebagai rumusannya, apabila saya bertanya kepada pelajar-pelajar ini apakah sebab-sebab utama mereka berbuat demikian, ini adalah sebahagian daripada jawapan yang saya terima :
Kurangnya kasih sayang ibu bapa.
Inginkan kebebasan.
Tidak bersemangat untuk belajar.
Terpengaruh dengan kawan-kawan.
Ingin mencuba sesuatu yang baru.
Bosan dengan keluarga yang tak mampu memenuhi kehendak mereka.
Persoalannya sekarang...
Mengapa Ini Terjadi? Siapa Yang Harus Dipersalahkan? Pelajar Atau Anda Sebagai Ibu Bapa?
Pihak ibubapa perlu sentiasa prihatin terhadap anak-anak walaupun sibuk dengan tugasan harian .
Thursday, March 8, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment